PVMA
Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) merupakan penjenamaan semua Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah menengah harian. Pelaksanaan PVMA dapat mengekalkan matlamat asal MPV dengan penambahbaikan program tersebut, iaitu memberi peluang kepada murid yang tidak cenderung dalam bidang akademik untuk mengembangkan potensi dalam bidang vokasional di samping dapat menyediakan kemahiran vokasional bagi murid yang tidak berpeluang memasuki kolej vokasional. Oleh yang demikian, matlamat tersebut selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi menyediakan akses yang lebih baik dalam pendidikan vokasional.
PVMA mempunyai nilai tambah yang lebih baik untuk murid berbanding dengan MPV yang melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan murid masih mempunyai laluan untuk meneruskan pendidikan dalam bidang kemahiran ke tahap yang lebih tinggi di Kolej Vokasional (KV), Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS). Pelaksanaan PVMA juga membolehkan murid kekal di sekolah yang sama sehingga ke Tingkatan 5.