1. Gelaran Ir.
Gelaran Ir. yang boleh disebut sebagai Insinyur atau engineer ini, merupakan gelaran yang diberikan oleh Board Of Engineers Malaysia (BEM) kepada jurutera profesional yang berkelayakan.
Jurutera yang berkalayakan untuk mendapatkan gelaran ini, perlu menamatkan pengajian mereka, mendaftar sebagai seorang Graduate Engineer dengan BEM, mempunyai pengalaman lebih daripada tiga (3) tahun, lulus peperiksaan yang disediakan BEM (Professional Assessment Examination) dan terpilih sebagai Corporate Member of the Institution of Engineers Malaysia (IEM).
2. Gelaran Ar.
Gelaran Ar. pula merujuk kepada individu yang berada dalam bidang Arkitek Professional, dan untuk mendapatkan gelaran ini, individu tersebut perlulah berdaftar dengan Board of Architect Malaysia atau Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) sebagai Graduate Architect dan mempunyai pengalaman praktikal seperti yang dinyatakan oleh LAM.
Arkitek di Malaysia dikehendaki memiliki tahap kelayakan tertentu, yang ditadbir oleh Lembaga Arkitek Malaysia, atau Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) untuk diperakui sebagai Arkitek oleh LAM. Ia dikenali sebagai LAM Bahagian I, II, dan III.
Dibawah merupakan tahap yang perlu dilalui seorang individu bagi mendapatkan gelaran Ar.
3. Gelaran Sr
Professional Surveyor atau Sr merupakan gelaran bagi seorang Juruukur Profesional, yang berkelayakan dan berdaftar dengan RISM (Royal Institute of Surveyor Malaysia) di bawah Akta Cap Dagangan 2019.
Menurut Perkara 13 daripada Perlembagaan RISM, mana-mana individu yang berkelayakan Felo atau Ahli RISM berhak untuk mengunakan gelaran Sr. ini sebelum nama mereka.
4. Gelaran Ts. (Technologist)
Badan yang memberi gelaran Professional Technologist berada di bawah bidang kuasa Malaysia Board of Technologist (MBOT).
5. Gelaran PGeol
Board of Geologists Malaysia (BoG) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam mengendalikan lantikan individu sebagai seorang Professional Geologist atau lebih dikenali sebagai PGeol.
Seseorang individu yang menginginkan gelaran profesional PGeol ini, haruslah meruapakan seorang ahli geogologi siswazah berdaftar dan ahli geologi asing berdaftar dibawah seksyen 20 dan 22 Akta Ahli Geoglogi 2008.
6. Gelaran LAr
Seperti Ar, LAr juga merupakan satu jawatan profesional di bawah bidang Arkitek namun begitu ‘L’ di bahagian depan LAr itu merujuk kepada Professional Landscape Architect.
Gelaran ini akan diberikan kepada arkitek landskap yang berkelayakan dan lulus peperiksaan yang disediakan oleh Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM).
7. Gelaran Gs
Gelaran Geospatial Profesional ini telah diperkenalkan pada tahun 2016 oleh Institusi Geospatial dan Remote Sensing Malaysia (IGRSM) dengan objektif untuk meningkatkan pengiktirafan terhadap peranan pengamal geospatial di dalam sektor kerajaan dan juga sektor swasta.
Bagi individu yang berminat untuk mendapatkan gelaran profesional ini dan seterusnya menjadi seorang Gs anda perlu memenuhi syarat minimum iaitu; mempunyai kelayakan ijazah dalam Geospatial atau bidang berkaitan; dan sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman profesional atau setara dalam bidang Geospatial.