TERMINOLOGI DAN DEFINISI

 1. Kurikulum

Kurikulum adalah gabungan aktiviti pendidikan yang dilakukan dalam proses pembelajaran yang dirancangkan khusus dari segi matlamat, objektif dan hasil pembelajaran. Kurikulum mengandungi matapelajaran yang ditawarkan kepada pelajar di bawah penyeliaan dan bimbingan pusat latihan yang akhirnya dapat menghasilkan graduan seperti yang dirancangkan pada peringkat awal.

2. Silibus

Silibus merujuk kepada kandungan pembelajaran sesuatu kursus yang disusun atur untuk mencapai hasil pembelajaran sesuai dengan tahap pengajian.

3. Written Materials Instructional ( WIM )

Bahan pembelajaran bertulis yang mengandungi Kertas Penerangan, Kertas Kerja dan Kertas Tugasan.

4. Standard National Occupational Skill ( NOSS )

Dokumen yang mengandungi standard kemahiran dalam sesuatu jenis pekerjaan yang dikeluarkan oleh JPK.

5. Competency of Unit (CU)

Satu fungsi kerja utama bagi sesuatu bidang pekerjaan. Setiap CU mengandungi beberapa aktiviti/tugasan bagi melengkapkan fungsi kerja utama yang boleh dinilai dan. dipersijilkan secara berasingan.

6. Curriculum of Competency Unit (COCU)

Kurikulum yang dibangunkan berasaskan Comptency Profile (CP) bagi sesuatu CU yang mengandungi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap serta tempoh latihan dan nilai kredit kemahiran bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

7. Work Activities (WA)

Proses kerja lengkap dari permulaan hingga akhir yang menghasilkan samada produk, perkhidmatan atau keputusan.

8. Pemetaan (Mapping)

Pemetaan antara modul yang dibangunkan dalam silibus dengan CU NOSS JPK