PROGRAM PEMBANGUNAN KEPAKARAN DAN LATIHAN SEMULA (RESKILLING) TENAGA PENGAJAR

CIAST sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti penyampaian TVET di negara ini dengan mempergiatkan kursus-kursus latihan kemahiran kepada tenaga pengajar TVET di bawah Program Pembangunan Kepakaran dan Profesionalisme Pengajar TVET. Kursus-kursus yang dilaksanakan turut merangkumi latihan Reskilling, Upskilling & Profesional yang melibatkan 15 agensi di bawah enam (6) Kementerian.


CIAST mewujudkan program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada tenaga pengajar TVET meningkatkan tahap kemahiran dan kepakaran mereka secara berterusan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan program ini adalah berdasarkan kepada hasil analisa keperluan latihan yang diperolehi melalui TVET Instructor eProfiling System (TIPS). Objektif utama pewujudan program ini adalah seperti berikut;


1. Meningkatkan kualiti penyampaian TVET dengan meningkatkan kepakaran dan kemahiran pengajar sedia ada di agensi TVET Awam

2.  Memperkukuhkan profesionalisme tenaga pengajar TVET di negara ini

3. Membangunkan modal insan berkemahiran tinggi yang diperlukan oleh Malaysia bagi mencapai taraf negara maju

4. Mempergiatkan lebih banyak program latihan kemahiran bagi keperluan tenaga pengajar TVET

5. Memperkasakan pengajar TVET melalui latihan Reskilling, Upskilling & Profesional berasaskan analisa kompetensi melalui TVET Instructors eProfiling System (TIPS)

6. Memenuhi keperluan kemahiran, perkembangan teknologi dan perubahan generasi baru

7.  Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga pengajar TVET selaras dengan kemahiran baharu (new emerging skills)

8. Mengoptimum fungsi pangkalan data TIPS untuk mengenalpasti jurang kompetensin Tenaga pengajar TVET

9.Menyediakan pelan hala tuju latihan yang berkesan

10. Melaksanakan program peningkatan tahap professionalisme tenaga pengajar TVET melalui Professional Certification

11. Mengupayakan kompetensi kemahiran, pedagogikal dan pengurusan secara berterusan