CIAST sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajar TVET 'Centre of Excellence (COE) for TVET Instructor'

 

CiAST sebagai 'One Stop Center' dalam membangunkan tenaga pengajar TVET yang berpengetahuan dan berkemahiran dengan memberikan latihan yang bersesuaian berdasarkan jurang kompetensi melalui sistem 'e-Profiling'.


CIAST diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) untuk melaksanakan latihan metadologi kepada skim Pegawai Latihan Vokasional / Penolong Pegawai Latihan Vokasional bagi tujuan pengesahan dalam perjawatan sektor awam.


CIAST diberi peranan bagi membangunkan Training Roadmap untuk skim PLV dan PPLV Malaysia.


CIAST sebagai urusetia bagi program latih semula dan peningkatan kemahiran (Reskilling & Upskilling) untuk tujuh kementerian yang terlibat dengan latihan kemahiran TVET bermula RMK-11.


CIAST bertanggungjawab melatih personel industri dan latihan institusi bagi pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional.


Kepercayaan di peringkat antarabangsa terhadap CIAST dengan penyertaan pengajar luar negara ke Program Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) dan Third Country Training Program (TCTP).


CIAST dilantik sebagai pemantau dan penilai latihan aktiviti TVET di negara-negara ASEAN.


CIAST sebagai institusi utama dalam melatih Fasilitator yang kompeten dalam pembangunan National Occupational Skills Standard-NOSS /Written Instructional Materials- WIM / Curriculum Development Based on Ability Structure- CUDBAS.


CIAST juga dijadikan tempat rujukan untuk pertandingan kemahirane pringkat kebangsaan dan antarabangsa.