MTVET Majlis TVET Negara


 

APA ITU MTVET?

Penubuhan MTVET adalah manifestasi kerajaan dalam menambahbaik penyelarasan ekosistem TVET negara dalam usaha memastikan laluan TVET sebagai agenda nasional. 

MTVET dianggotai oleh pelbagai kementerian dan agensi lain seperti Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Pertahanan serta Kementerian Dalam Negeri. 

Selain itu, MTVET turut dianggotai oleh tokoh industri dan wakil akademia. Mereka merupakan rakan strategik bagi perkongsian data, kepakaran, teknologi, ilmu baharu dan kajian signifikan bagi manfaat pembuat dasar dan pengamal TVET.

Struktur tadbir urus MTVET terdiri daripada tiga peringkat iaitu Majlis TVET Negara, Jawatankuasa Eksekutif MTVET dan Kumpulan Fokus TVET. Majlis TVET Negara dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia manakala Jawatankuasa Eksekutif MTVET dipengerusikan secara bersama oleh YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi dan YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia. Kumpulan fokus MTVET pula dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi.