lecturer platform ini disediakan bertujuan untuk menjadi pusat rujukan kepada individu yang terlibat dalam tiga (3) kaedah persijilan yang digunakan dalam sistem SPKM iaitu Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB), Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) & Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
Personel Penilaian Dan Verifikasi (PPV) adalah individu yang diperaku oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan Penilaian dan Verifikasi SPKM. PPV berperanan sebagai personel penilaian dan verifikasi luaran yang bertanggungjawab dalam jaminan mutu pelaksanaan SPKM. PPV boleh diperaku di kalangan personel yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan berpengalaman luas dalam bidang dimohon.