Logo CIAST Shah alam 2020


 CIAST Untuk makluman semua, CIAST telah mendapat kelulusan JPK dengan diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajar TVET (Centre of Excellence (CoE) for TVET Instructor) bermula pada 3 Disember 2018. 

Sehubungan dengan itu, sukacita bersama ini disertakan Logo (CoE) TVET Instructor CIAST. 
Logo COE dihasilkan dengan halatuju yang lebih luas khusus nya bagi pembangunan dan kemajuan tenaga pengajar profesional dalam bidang TVET. Logo ini juga merupakan simbol kesungguhan dan semangat untuk terus memajukan latihan kemahiran lanjutan berteraskan industri berteknologi tinggi. 
Dengan adanya logo ini juga menandakan bahawa bermulanya era baru kecemerlangan CIAST bermula tahun 2020 sebagai pusat latihan pengajar terunggul dalam penyediaan latihan kemahiran lanjutan berteraskan industri berteknologi tinggi masa kini dan hadapan. 

WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara