JPK


 Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) merupakan Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang telah ditubuhkan pada 2 Mei 1989 melalui penyusunan semula Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan (LLPPKK) yang ditubuhkan pada 1971.


Bagi memperkasa tujuan penubuhannya, JPK telah diperkukuhkan dengan penempatan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di bawah pengurusan Jabatan ini serta penubuhan enam (6) pejabat wilayah mengikut zon iaitu JPK Wilayah Tengah, JPK Wilayah Selatan, JPK Wilayah Utara, JPK Wilayah Timur, JPK Wilayah Sabah & Labuan dan JPK Wilayah Sarawak.

JPK juga telah diakreditasikan dengan dua (2) persijilan ISO iaitu MS ISO 9001:2015 dan MS ISO/IEC 17024:2015


Visi, Misi Dan Objektif

Visi

Peneraju dalam pembangunan sumber manusia mahir bertaraf dunia.

Misi

Membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan (k-Pekerja) yang berdaya saing.

Objektif

Menyelaras dan mengawal pelaksanaan sistem latihan kemahiran bagi melahirkan k-Pekerja untuk keperluan pekerjaan dan pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa. Membuat penyelidikan dan membangun Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) bagi meningkatkan kualiti sumber manusia mahir berterusan ke arah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.




Video klip : JPK di Malaysia 


 ▪️JPK Wilayah Sabah & Labuan
Cover sabar dan Labuan 

 ▪️JPK Wilayah Sarawak
Cover sarawak

 ▪️JPK Wilayah Tengah
Cover Selangor, wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Putrajaya dan perak

 ▪️JPK Wilayah Selatan
Cover Johor , Melaka dan negeri sembilan

 ▪️JPK Wilayah Utara
Cover pulau pinang,Kedah dan perlis

 ▪️JPK Wilayah Timur
Cover Pahang, Terengganu dan Kelantan